Pengenalan
Sejarah permulaan
Pada 31 Disember 2019, Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan di Bandar Wuhan , wilayah Hubei, China telah melaporkan sebanyak 27 kes penyakit pneumonia yang tidak diketahui lagi, termasuk tujuh kes yang dianggap teruk, dengan laporan yang mempunyai kaitan dengan Wuhan Huanan Seafood Wholesale Market (ikan borong dan pasaran haiwan hidup yang menjual spesies haiwan yang berlainan).Pada 1 Januari 2020, pasar tersebut ditutup untuk tujuan keselamatan penduduk dan juga uji kaji. Menurut Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan, sampel dari pasar itu diuji positif coronavirus novel. Kes-kes yang dilaporkan juga menunjukkan tanda-tanda seperti demam, batuk kering, disnoea, dan penemuan radiologi infiltrat paru-paru bilateral.
Pada 9 Januari 2020, China CDC melaporkan bahawa koronavirus novel (2019-nCoV) telah dikesan sebagai agen penyebab kepada 15 daripada 59 kes pneumonia yang dilaporakan. Pada 10 Januari 2020, urutan genom coronavirus novel pertama pun dibuat secara terbuka.
Kes

China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Australia, Cambodia, Canada, Finland, France, Germany, India, Italy, Japan, Spain, Malaysia, Nepal, Philippines, Russia, Sri Lanka, Singapore, Spain, Sweden, Thailand, The Republic of Korea, United Arab Emirates, United Kingdom, United States, Vietnam
Setakat ini, wabak coronavirus telah membunuh sekurang-kurangnya 362 orang dan telah menjangkiti lebih 17,300 orang di peringkat antarabangsa dan jumlah ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa selari dengan penyebaran jangkitan tersebut. Seorang warga China berumur 44 tahun yang merupakan penduduk di Wuhan telah meninggal di Phillipines berikutan menghidap penyakit pneumonia yang teruk.
Di Malaysia, 8 orang telah dikenalpasti mempunyai positif coronavirus dan jumlah pesakit masih kekal sehinnga hari ini memandangkan pihak hospital masih menunggu keputusan dari makmal.
Untuk kemas kini yang berterusan, pembaca boleh rujuk di laman sesawang ini. Halaman mereka dikemas kini setiap hari dengan menggunakan sumber yang dipercayai dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Simptom-simptom
Mereka yang dijangkiti penyakit ini akan mempunyai simptom:- Demam
- Batuk
- Sesak nafas
Pesakit akan mengambil masa dalam 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom tersebut. Ini adalah berdasarkan jangkamasa yang diambil oleh virus MERSCoV menunjukkan simptom.
Comments
Post a Comment