Minit mesyuarat

1)        Andaikan bahawa anda adalah setiausaha Persatuan Bahasa Melayu di Universiti Multimedia. Baru-baru ini, persatuan tersebut telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa untuk kali kedua. Anda ditugasi menulis minit mesyuarat yang berkenaan. Fikirkan agenda yang munasabah. Tuliskan minit mesyuarat tersebut selengkapnya.
4.2  Minit Mesyuarat Jawatankuasa
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu Kali Kedua 2018
Tarikh :  Sabtu, 7 April 2018
Masa :   10.30 Pagi
Tempat :   Bilik Mesyuarat 3
Kehadiran :  Prof.Mohamad Farisudin         - Pengerusi
                    Dr.Karimuddin                          - Naib pengerusi
                    En.Habibul Rahman                  - Setiausaha
                    En. Jalil bin Bakar                     - Bendahari
                    Tn Hj. Karim ArRasyeed         - Jawatankuasa Penajaan
                    En. Suffian Marlina                  - Jawatankuasa  Pertandingan dan Pameran
                    En. Liqa Syirah                         - Jawatankuasa Cenderahati dan Hadiah
                    En. Ahmad Garut                     - Jawatankuasa Makanan dan Pengurusan
                    En. Akmal Hadi                        - Jawatankuasa  Media dan  Jemputan
Tidak Hadir   En. Khalis bin Abu Bakar   - Bercuti
                       En. Syaker Al Johari              - Sakit
Agenda
Perkara
Tindakan
1.
Ucapan pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua  ahli serta mengucapkan terima kasih serta tahniah  kerana berjaya meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat Persatuan Bahasa Melayu
2.
Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat lalu
2.1 Cadangan : En. Akmal Hadi
Sokongan : En. Ahmad Garut
3
Perkara berbangkit (jika ada)
3.1 Pengerusi menjelaskan Persatuan Bahasa Melayu tidak dikenali ramai dan mempunyai masalah kewangan
3.2 Pengerusi menjelaskan bahawa  akan mengadakan Bulan Bahasa Melayu peringkat kebangsaan antara universiti-universiti di Malaysia
3.3 Semua ahli jawatankuasa perlu menyediakan beberapa aktiviti-aktiviti yang menarik seperti membuat pameran, mengadakan pertandingan melibatkan kemahiran berbahasa seperti berpantun, berpidato dan sebagainya
3.4 Jawatankuasa makanan dan pengurusan diminta untuk menyediakan makanan, menguruskan keselamatan dan kebajikan peserta dan pengunjung
3.5 Jawatan pertandigan dan pameran diminta menyediakan pameran dengan bantuan penerbit -penerbit buku seperti PTS, jabatan bahasa seperti DBP, Oxford dan kelab,persatuan atau syarikat Bahasa Melayu  di Dewan Canselor  serta mengadakan beberapa pertandingan bahasa, melantik juri-juri, menyediakan tempat berlangsungnya pertandingan.
3.6 Semua jawatankuasa mestilah merekodkan dan memberitahu perbelanjaan yang diperlukan kepada Bendahari
Makluman
Makluman
Semua Jawatankuasa
Jawatankuasa Makanan
Jawatankuasa Pertandingan dan Pameran
4
Kewangan
4.1 Jawatankuasa Penajaan diminta lebih bergerak aktif untuk mendapatkan penajaan
4.2 Jawatankuasa diminta menyediakan cadangan perbelanjaan 
4.3 Langkah berjimat cermat hendaklah dirancang bagi melicinkan aktiviti
Jawatankuasa Penajaan
Semua Jawatankuasa
Semua Jawatankuasa
5.
Hal-hal lain
5.1 Mesyuarat berikutnya akan diadakan pada hari Sabtu, 10 Februari, 2028 di Makmal Bahasa 2
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari
Disediakan oleh, Disahkan oleh:
         ………tt…………                     …………tt……………
(Muhammad Habibul Rahman)  (Prof.Mohamad Farisudin)
Setiausaha Pengerusi

Comments