Surat Rasmi

Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Amer,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Amer,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman.                                      12 SEPTEMBER 2018.

Tuan,

Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar

Merujuk perkara di atas, salah satu aktiviti Persatuan Bahasa Melayu pada tahun ini ialah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.

2.         Lawatan tersebut akan diadakan pada 15 hingga 18 November 2018. Lawatan ini akan disertai oleh 38 orang murid dan diiringi oleh 3 orang guru penasihat iaitu Cikgu Rahana binti Ya , Cikgu Raihan binti Haji Husin  dan Cikgu Fazli bin Yasin.

3.         Tempat-tempat yang akan dilawati semasa di Kuala Lumpur ialah Pusat Sains Negara, Muzium Negara, Perpustakaan Negara, Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), dan Zoo Negara.

4.         Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman  murid. Di samping itu juga, dapat mengurangkan tekanan kepada murid selepas menghadapi peperiksaan semester kedua.

5.         Saya bagi pihak persatuan berharap agar permohonan untuk mengadakan lawatan ini akan mendapat maklum balas daripada pihak tuan secepat mungkin.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


HABIBUL
   
(MUHAMMAD HABIBUL RAHMAN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Amer.

                                                         dan

1) Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak universiti dianggap memuaskan dan terbaik setakat ini. Namun terdapat beberapa perkara yang belum mencapai tahap kecemerlangan khususnya berkaitan dengan pelajar. Andaikan anda sebagai wakil pelajar, ingin memaklumkan perkara tersebut kepada pihak universiti. Tuliskan surat tersebut selengkapnya


Muhammad Habibul Rahman bin Mohamad Mahyuddin,
Universiti Kebangsaan Malaysia,43600, Bangi
Selangor Darul Ehsan.


Pengarah,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600, Bangi,
Selangor Darul Ehsan.                                                   10 JUN 2017

Yang Berbahagia,

Beberapa Perkara Yang Belum Mencapai Tahap Kecemerlangan Khususnya Berkaitan Pelajar


 Berhubung dengan perkara di atas, saya wakil pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia ingin melaporkan tentang beberapa perkara yang belum mencapai tahap kecemerlangan khususnya berkaitan pelajar.

2.  Terdapat pelajar yang menghadapi masalah dalam pergaulan sosial, seperti tidak suka bergaul atau tidak bersedia berkongsi masalah dengan rakan-rakan pelajar. Pelajar-pelajar seperti ini mestilah dihantar untuk dikauseling oleh kaunselor. Masalah ini membuatkan mereka terlibat dengan masalah-masalah sosial dan gejala sosial seperti merokok, menonton perkara-perkara yang tidak senonoh (lucah), dan lain lain yang dapat memburukkan nama universiti.

3.  Sebelum masuk ke universiti mereka terdiri daripada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) namun pencapaian akademik di peringkat universiti tidak secemerlang seperti yang diharapkan. Mereka perlu diberi kesedaran bahawa kehidupan di sekolah berbeza dengan kehidupan di universiti  kerana di universiti, mereka perlu sentiasa bersedia kerana markah keseluruhan terdiri daripada tugasan-tugasan  kuiz, pra-ujian dan peperiksaan bukan 100% hanya pada peperiksaan seperti di sekolah biasa. 

4.  Kebanyakan pelajar kurang kemahiran menguasai bahasa Inggeris terutamanya pelajar Melayu yang datang dari kawasan luar bandar. Bahasa antarabangsa seperti bahasa Arab, Jerman, Perancis, Mandarin dan lain-lain juga sukar dikuasai oleh mereka. Senario ini berpunca daripada pendedahan yang kurang terhadap penggunaan bahasa antarabangsa.
5.  Kebanyakan pelajar juga jarang mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan dan aktiviti yang diadakan oleh pihak universiti mahupun pihak luar yang lain. Perkara ini sangatlah perlu diambil perhatian universiti kerana ia dapat meningkatkan dan menambah skil-skil yang dapat membantu mereka pada masa hadapan seperti skil menguruskan alat-alat teknikal, skil berkata-kata dan sebagainya.
6.  Saya berharap agar pihak universiti dapat mengambil tindakan dan pertimbangan yang sewajarnya dan segera untuk membaik pulih tahap kecemerlangan pelajar. Kerjasama pihak pengarah amat dihargai.
6.  Segala kesulitan amat dikesali. 

Pertimbangan daripada tuan amatlah dihargai

Yang benar,


….…………tt……………………
MUHAMMAD HABIBUL RAHMAN BIN MOHAMAD MAHYUDDIN
Wakil pelajar,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Selangor Darul Ehsan.  

Comments