https://pppnukm.files.wordpress.com/2013/01/llll81.pdf
Soalan Pengetahuan Dan Kemahiran Bahasa
a) Bina Ayat Bagi Setiap Pasangan Kata
(i) tunjuk - telunjuk
- Guru itu memberi tunjuk ajar cara memotong kayu kepada murid-muridnya
- Jari telunjuk Suffian terluka kerana terkena duri bunga ros
(ii) guruh - gemuruh
- Ali terjaga daripada tidur pada waktu malam kerana bunyi guruh yang sangat kuat
-Ucapan menteri itu disambut dengan tepukan yang gemuruh
(iii) kuncup - kemuncup
-Kriss menyentuh sekuntumbungateratai yang sedang kuncup di taman itu.
-Kemuncup adalah sejenis rumput dari keluarga Poaceae yang tumbuh dibanyak kawasan dan bijinya sering melekat pada seluar jika kita melaluinya.
b) Nyatakan Sama Ada Ayat Suruhan, Ayat Permintaaan, Ayat Silaan Atau Ayat Larangan.
(i) Tolong padamkan lampu sebelum meninggalkan bilik ini.
ayat permintaan
(ii) Jangan minum air yang terdedah itu.
ayat larangan
(iii) Sila serahkan borang permohonan yang telah lengkap di pejabat.
ayat silaan
(iv) Fikirkanlah sebelum kamu bertindak.
ayat suruhan
(v) Jemputlah datang ke rumah saya.
ayat silaan
(vi) Hantarlah buku itu sebelum pulang.
ayat suruhan
c) Senaraikan Kesalahan Ejaan Serta Kesalahan Penggunaan Imbuhan
(i) Doktor Azira teringatkan pesakitnya supaya menghabiskan antiboitik itu dalam masa
seminggu.
-teringatkan→mengingatkan
-antiboitik→antibiotik
(ii) Kami akan pembantu nenek menyiapkan tempahan tempeyek terutamanya pada musim-
musim perayaan secara sukarela.
-pembantu→membantu
-tempeyek→rempeyek
(iii) Encik Azman meminta pekerjanya memfotostet perjanjian jual beli itu sebanyak lima
persalinan untuk diberikan kepada pelanggannya.
-memfotostet→memfotostat
-persalinan→salinan
d) Senaraikan Kesalahan Penggunaan Istilah Serta Kesalahan Tatabahasa
(i) Sikap boros perlu dielakkan kerana mendorong kita menghilangkan wang demi untuk
membeli barang yang tidak mustahak.
-menghilangkan→menghabiskan
-✘demi
(ii) Semua murid-murid tidak sabar untuk menyaksikan tayangan teater muzikal yang akan
diadakan bersempena dengan Minggu Kesenian nanti.
murid-murid→murid
menyaksikan→menonton
(iii) Gadis itu menjerit dengan sekuat-kuat hati bila beg tangannya dirampas oleh dua orang lelaki bermotosikal.
-bila→apabila
-dirampas→diragut

Comments
Post a Comment