Nama diberi Muhammad Habibul Rahman bin Mohamad Mahyuddin.
Saya dilahirkan pada 6 September 2004 di
Hospital Pakar Puteri, Johor. Sekarang, saya tinggal di Johor Bahru. Saya
belajar di Kolej PERMATApintar Negara untuk 2017-2021. Kelas yang saya duduki di kolej tersebut
ialah K8 ataupun dikenali sebagai K8cellent. Disebabkan saya tahu yang anda
tidak tertarik untuk membaca kisah hidup saya, dan saya pun malas untuk menulis,
jadi saya akan menulis tentang diri saya sahaja,k:
Jika anda perasan, saya sentiasa memakai songkok kerana ia
telah menjadi kebiasaan saya sejak darjah satu lagi. Impian utama saya adalah
untuk masuk ke dalam syurga Allah SWT dan Berjaya di dunia dan di akhirat. Saya
juga berharap anda semua Berjaya sama ada di dunia mahupun di akhirat. Saya
masih lagi dalam mengenali diri saya. Kelebihan utama saya adalah saya seorang
yang cepat belajar tetapi kelemahan saya adalah banyak sangat sampai tak
terkira banyaknya dan rasanya samalah macam dosa saya banyaknya. Saya suka
berbaik dengan semua orang dan saya
harap anda juga suka berbaik dengan saya. Saya sebenarnya agak lemah
walaupun nampak ‘steady’, saya banyak menghadapi perit getir sepanjang hidup
saya. Saya harap anda dapat menyokong saya dalam menghadapi perjalanan hidup
ini. Jadi, untuk kurang kan dosa, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
semua yang melawat blog saya ini dan saya tahu ramai yang sakit hati dengan
saya, dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan minta maaf kepada semua
orang, jika ada tersilap kata , tersalah bahasa, terlepas bicara dan banyak
lagi kelemahan dan kesalahan saya. Saya doakan agar hati anda terbuka untuk
memaafkan saya. SEKIAN,Assalamualaikum..
Yang Penat
Habibul Rahman
Comments
Post a Comment